Khamis, 23 Mac 2023

Mati Bawa Amal atau hutang ?

 Perkongsian ilmu Faraid


Mesej Untuk Orang Yang Berhutang terutama buat diri sendiri 

.

Bayangkan Rasullullah SAW tidak solatkan jenazah orang yang meninggal dalam keadaan berhutang yang tiada duit untuk cover hutang dia.

.


Betapa beratnya hutang ni. 

So kalau anda berhutang apa yang boleh buat?

.

1) Make sure berapa banyak baki hutang dan berapa lama lagi anda perlukan untuk cover hutang anda

.

2) Azam bersungguh-sungguh untuk bayar semua hutang ini dan tambah income supaya anda cepat lunaskan semua hutang.

.

3) Make sure semua hutang-hutang anda di cover oleh takaful sama dari bank ataupon takaful nyawa.

.

Mungkin ada yang tanya selewat-lewatnya bila saya kene settlekan semua benda ni?

.

Jawapannya sehari sebelum anda meninggal. Tapi masalahnya kita tak tahu bila kita meninggal so buatlah sekarang.


Jom sediakan hibah takaful dengan kami sekarang sebelum terlambat.


#Berazamuntuklunaskanhutang

#hibahtakaful

#fwdtakaful

MANFAAT TERSAYANG

 𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗛𝗜𝗕𝗔𝗛 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗚𝗜𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗡𝗙𝗔𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗞𝗔𝗙𝗨𝗟 𝗦𝗔𝗬𝗔 ?


Hukum melakukan hibah adalah sunat dan digalakkan dalam Islam. Takaful ditakrifkan sebagai permuafakatan sekumpulan individu untuk saling menjamin dan membantu antara satu sama lain.


Ia bagi memenuhi keperluan tertentu yang dipersetujui seperti memberi pampasan sekiranya berlaku apa-apa musibah serta keperluan kewangan yang lain.


Boleh lihat poster, bagaimana Hibah Takaful memberi manfaat dalam menyelesaikan masalah pembubaran harta pusaka.


APA YANG ANDA PERLU TAHU.

 Tahukah anda, jika guna hibah takaful pun belum tentu mampu selesaikan isu masalah pusaka.


Situasi: suami ada hutang rumah RM500,000 dan kemudian melanggan hibah takaful RM500,000 untuk isterinya. Setelah kematian suami, isteri terima hibah RM500,000 tersebut. Rumah tetaplah menjadi harta pusaka waris-waris kepada arwah suami. 



Andaikan ketika itu hutang rumah berbaki lagi RM300,000 : adakah isteri SANGGUP bayarkan hutang RM300,000 rumah arwah suami yang kini menjadi hak milik waris-waris faraid arwah?


Harus diingat, hak faraid isteri terhadap harta pusaka suami hanyalah 1/8 yakni 12.5% sahaja, tak termasuk harta sepencarian.


Dengan adanya hibah ini, sedikit sebanyak dapat membantu isteri dan anak yang ditinggalkan untuk meneruskan kehidupan.

MEMUDAHKAN URUSAN KELUARGA

 Hari ni ke bank rhb dan cimb untuk uruskan hal loan kereta dan rumah. Syukur loan kereta takaful cover sepenuhnya jika pemilik meninggal dunia. 


Rumah pula takaful cover tak banyak atas sebab-sebab tertentu, tapi kak Sarah minta arwah suami buatkan takaful khas untuk tujuan bayar rumah jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal pada suami. Moga Allah mudahkan urusan claim takaful nanti. 


Tadi sempat juga ke kedai motor setelkan baki loan yang ada sikit lagi. Dan sempat juga call bank untuk setelkan hal kad kredit.


Syukur alhamdulillah, Allah mudahkan semua urusan. Semua pihak bantu mudahkan semua, layanan pun diberi sangat baik dengan penerangan step by step yang sangat detail.


Lega jika semua komitmen besar ni dapat diselesaikan segera. Tak ada la arwah 'tersangkut' dengan hutang dunia.


Ini baru part setelkan hutang loan.

Belum urus faraid lagi tau.

Kena buat surat kuasa pula untuk tentukan siapa pentadbir untuk sekian sekian harta. Yang ni dengar cerita ambil masa enam bulan macam tu la. 


Syukur family mertua semua sangat-sangat memahami dan saling bantu. Selain family sendiri, family mertua la kekuatan kak Sarah. Mak ayah, ipar duai sangat supportive. Sebak sungguh rasa mengenangkan budi baik semua orang. 


Nasihat kak Sarah untuk sahabat-sahabat yang bergelar isteri. Mulai hari ni sila cakna dengan dokumen-dokumen penting. Minta suami letakkan di satu tempat.



Agreement rumah

Insuran rumah

Agreement kenderaan

Insuran kenderaan

Takaful keluarga jika ada

Geran tanah 


Apa saja dokumen penting, simpan di satu tempat. Biar kedua pihak suami isteri tahu tentang dokumen tersebut. In case berlaku situasi tak dijangka begini, waris boleh uruskan segalanya dengan mudah. Tak perlu buang masa mencari-cari.



Satu lagi pesanan penting.

Tolonglah ambil takaful hibah sebagai income protection. Kalau tak ada bajet besar, ambik yang mampu bayar tiap-tiap bulan. Mampu coverage rm100k, ambik rm100k. Bayaran bulanan tak mahal mana untuk coverage rm100k ni. Nak nak pula umur bawah 30 tahun dan kerja yang kurang risiko. Atleast ada juga duit yang boleh isteri guna dalam masa yang cepat sementara nak tunggu urusan faraid setel.


Mampu 500k, ambik 500k. Ada bajet lebih boleh tambah coverage. Banyak company takaful yang offer hibah murah. Ambik peluang sign up cepat. 


Takaful ni time tak ada musibah, kita memang tak nampak pun keperluan dia. Tapi bila jadi kes macam kak Sarah ni, suami meninggal mengejut dalam kemalangan, baru rasa bersyukur sungguh buat hibah siap-siap dulu.


Dari kisah orang, kita ambil iktibar.

APA SEBENARNYA AKAN JADI SELEPAS KITA MATI ?

Bila berlaku kematian, semua harta termasuk tunai dalam akaun bank, asb, tabung haji dan seangkatan dengannya akan terbeku mengikut undang-undang. 


Manakala satu-satunya instrumen yang berlawanan sifat 'ter'cair bila berlaku kematian mengikut undang-undang IFSA 2013 adalah pampasan takaful (hibah takaful), yang boleh digunakan sebagai pengagihan tunai kepada waris. 


Proses mencairkan harta yang terbeku dapat dijalankan bila mana waris mendapatkan surat kuasa atau ada wasiat yang ditinggalkan. 


Selalunya proses pencairan harta bakal berhadapan dengan salah satu cabaran 4D di bawah. 


1. Delay 


Disebabkan prosedur yang panjang dan complicated. 


Proses tuntutan paling cepat di AmanahRaya untuk harta alih sahaja (wang tunai atau barang kemas)  mengambil masa antara 4 hingga 6 bulan. 


Manakala jika ada melibatkan harta tak alih (rumah atau tanah), masa yang bakal diambil sekurang-kurangnya 12 bulan. 


Secara purata bagi yang meninggalkan wasiat, proses pencairan harta mengambil masa antara setahun hingga setahun setengah. 


Manakala proses pencairan harta tanpa wasiat pula, purata memakan masa antara 3 tahun hingga 5 tahun.


2. Debts. 


Hutang termasuk loan bank, cukai dan contractual obligation. 


Pentadbiran harta pusaka mengikut keutamaan adalah seperti berikut: 


1. Pengurusan jenazah

2. Penyelesaian hutang-hutang dunia dan akhirat

3. Harta sepencarian

4. Hibah 

5. Harta Amanah

6. Wasiat 1/3 bahagian kepada bukan waris

7. Baki 2/3 di agihkan kepada waris-waris (wasiat/sepakat/faraid) 


Selagi hutang di ranking no.2 tak diselesaikan, selagi itu proses pengagihan harta kepada waris-waris tak dapat di jalankan.


3. Disputes 


Pertikaian dikalangan waris-waris terutamanya pada peringkat untuk melantik wasi (pentadbir harta) atau kaedah pengagihan harta.


4. Distribution 


Setiap keluarga ada keperluan tersendiri. 


Ada yang nak dibahagikan ikut wasiat. Manakala ada yang nak dibahagikan sama rata sebab nak guna duit untuk hantar anak sambung belajar. 


Dan ada juga yang nak ikut faraid.


Manakala pengagihan tunai menerusi hibah takaful kepada waris adalah cepat, tepat dan dilindungi daripada tuntutan hutang. 


Proses tuntutan secepat 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. 


Tepat kepada penerima hibah yang dihajati. 


Wang dari hibah takaful yang diterima waris dilindungi oleh IFSA 2013 daripada tuntutan hutang si mati waima dari institusi kewangan sekalipun. 


Moral of the story, hibah takaful bukanlah segala-galanya kerana tak dapat menyelesaikan masalah untuk harta tak alih (rumah atau tanah).


Hibah takaful hanya mampu menyelesaikan masalah pengagihan tunai kepada waris. 


Dengan pengagihan tunai yang diterima waris dengan cepat dan tepat, waris dapat gunakan untuk meneruskan kelangsungan hidup sementara menunggu proses pencairan harta pusaka selesai. 


Pengagihan tunai yang cepat dan tepat juga dapat digunakan oleh waris untuk membayar kos-kos yang diperlukan untuk proses pencairan harta. 


Semoga bermanfaat..


Set oppiment di sini..

www.wasap.my/60176318892/naksetoppoiment.

BEBAN KEWANGAN APABILA MENGHIDAP SAKIT KRITIKAL

 Apabila berlaku sakit kritikal, seseorang itu akan dibelenggu dengan beban kewangan.

Tapi harus juga diingat. Beban itu bukan hanya dipikul oleh orang yang sakit sahaja. Malahan bakal melibatkan orang tersayang paling dekat dengannya...


                         Yang bujang : mak, ayah

Yang berkeluarga : isteri, mak, ayah
Yang pencen : isteri, anak, mak, ayah


Ingat.

Semua orang sayangkan kita. Dan semua orang sanggup berkorban untuk kita. Tapi wajarkah kita balas kasih sayang mereka itu dengan beban kewangan ni semua?

www.wasap.my/0176318892/Setoppoiment 

Mencari semangat yang hilang

  Mencari semangat yang hilang adalah sesuatu yang semua orang alami pada satu masa dalam kehidupan. Semangat yang hilang boleh kembali jika...