Khamis, 23 Mac 2023

APA YANG ANDA PERLU TAHU.

 Tahukah anda, jika guna hibah takaful pun belum tentu mampu selesaikan isu masalah pusaka.


Situasi: suami ada hutang rumah RM500,000 dan kemudian melanggan hibah takaful RM500,000 untuk isterinya. Setelah kematian suami, isteri terima hibah RM500,000 tersebut. Rumah tetaplah menjadi harta pusaka waris-waris kepada arwah suami. 



Andaikan ketika itu hutang rumah berbaki lagi RM300,000 : adakah isteri SANGGUP bayarkan hutang RM300,000 rumah arwah suami yang kini menjadi hak milik waris-waris faraid arwah?


Harus diingat, hak faraid isteri terhadap harta pusaka suami hanyalah 1/8 yakni 12.5% sahaja, tak termasuk harta sepencarian.


Dengan adanya hibah ini, sedikit sebanyak dapat membantu isteri dan anak yang ditinggalkan untuk meneruskan kehidupan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mencari semangat yang hilang

  Mencari semangat yang hilang adalah sesuatu yang semua orang alami pada satu masa dalam kehidupan. Semangat yang hilang boleh kembali jika...